fbpx

Zakat fitrah Johor RM7, RM10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fared (tiga kanan) bergambar selepas mengumumkan kadar zakat fitrah Johor dalam sidang akhbar di Iskandar Puteri, Johor hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini dikekalkan pada dua kadar iaitu sebanyak RM7 dan RM10 seorang, bagi tahun 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, penetapan kadar tersebut dibuat mengikut gred dan jenis beras yang dimakan kebanyakan penduduk Islam di negeri ini pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.

Katanya, pembayaran zakat itu boleh dibuat menerusi tiga cara iaitu secara atas talian, di kaunter zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) setiap daerah dan juga menerusi seramai 1,648 amil yang dilantik.

“Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah menetapkan zakat fitrah pada dua kadar harga iaitu RM7 dan RM10. Kadar RM7 dibayar umat Islam yang menjadikan beras daripada jenis Super Tempatan sebagai makanan harian.

“Manakala RM10 pula dibayar oleh umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis Super Tempatan seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan lain-lain,” katanya dalam sidang akhbar berhubung Pengumuman Kadar Fitrah 2022, di sini hari ini.

Turut hadir, Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad; Penasihat MAINJ, Datuk Nooh Gadot dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Datuk Md. Rofiki A. Shamsudin.

Sementara itu, Mohd. Fared turut memberitahu, pihaknya menyasarkan unjuran pungutan zakat fitrah sebanyak RM 18.9 juta bagi tahun ini dengan seramai 2.1 juta umat Islam di negeri ini layak membayar zakat fitrah. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI