fbpx

Terkejut kena bayar RM250 untuk khidmat tukar tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja swasta terkejut apabila dikenakan bayaran sebanyak RM250 daripada seorang individu dalam kejadian di Kilometer 239.7 (arah Selatan) berhampiran susur keluar Tol Pedas Linggi, 23 Mac lalu. - FOTO: IHSAN MEDIA SOSIAL

REMBAU – Hanya menawarkan khidmat menukar tayar pecah, seorang pekerja swasta terkejut apabila dikenakan bayaran sebanyak RM250 daripada individu menyamar kakitangan sebuah syarikat konsesi lebuh raya dalam kejadian di Kilometer 239.7 (arah Selatan) berhampiran susur keluar Tol Pedas Linggi, 23 Mac lalu.

Mangsa, Sukarno Rahman, 31, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 11 pagi, dia bersama isteri, Nurul Diana Mohd Khir, 28, dan bapa berusia 57 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Johor Bahru dari Putrajaya.

Menurutnya, dia tidak dapat menukar tayar keretanya yang pecah disebabkan kekurangan peralatan dan telah bertindak menghubungi pihak syarikat itu bagi bantuan.

“Tiba-tiba datang seorang lelaki menaiki kereta jenis Proton Iswara yang memperkenalkan diri sebagai mekanik menawarkan khidmat menukar tayar pecah. Saya tolak sebab saya sudah hubungi syarikat tersebut.

“Tak lama lepas tu datang lagi seorang lelaki yang memakai jaket lama, meletakkan kon juga tertera lambang syarikat terbabit di belakang kenderaan dan menukar tayar yang pecah. Sebaik selesai, lelaki berkenaan mengeluarkan resit sebanyak RM250 dan menyatakan dia bukanlah pekerja syarikat konsesi itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sukarno berkata, dia yang terkejut dan merasa tertipu tidak mahu menjelaskan bayaran berkenaan pada awalnya kerana dianggap tidak “masuk akal”.

Menurutnya, dia menyuruh isteri dan bapanya masuk ke dalam kenderaan terlebih dahulu dan ketika mahu beredar, lelaki berkenaan meminta bayaran RM50.

“Saya bayar dan selepas itu, kenderaan saya diekori oleh dua buah kenderaan lain. Saya sedar sebab bila saya memperlahankan kenderaan, mereka juga bawa perlahan dan sebaliknya.

“Bimbang ada lagi pihak yang terkena seperti saya terutamanya wanita, saya uar-uarkankan di media sosial komuniti setempat dan membuat aduan rasmi secara dalam talian kepada Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Hazri Mohamad berkata, masih belum menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI