fbpx

Neelofa, isteri yang baik hati – Haris Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GENAP setahun berumah tangga, Haris dan Neelofa kini dikurniakan seorang cahaya mata.

PETALING JAYA – Dikurniakan seorang isteri memiliki pekerti indah merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

Itulah luahan usahawan dan pendakwah bebas, Haris Ismail, 28, yang bersyukur kerana diberikan rezeki untuk mengahwini seorang isteri iaitu selebriti terkenal, Neelofa yang disifatkan sebagai wanita baik hati.

Perkongsian tersebut sempena ulang tahun perkahwinan pertama pasangan popular berkenaan pada hari ini.

“Alhamdulillah syukur ya Allah. Dikurniakan seorang isteri yang baik hatinya.

“Banyak lagi yang hendak ditulis tetapi tidak mengapa, saya titipkan dalam doaku,” katanya dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Dalam pada itu, bekas peserta program Pencetus Ummah berkenaan hanya berharap agar mahligai indah yang dibina bersama bekas pengacara MeleTOP tersebut.

“Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredai-Nya.

“Sekali lagi, Alhamdulillah ya Allah,” kata pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu lagi.

Sementara, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, turut berdoa agar rumah tangga yang terbina sentiasa diberkati oleh Allah.

“Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selama-lamanya.

“Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku,” katanya.

Beberapa hari lalu, nama Haris menjadi bahan kecaman netizen apabila kenyataanya tentang tugas isteri mengangkat beras dan memasak menjadi pertikaian ramai.

Untuk rekod, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan popular berkenaan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Namun, atas sebab mengelakkan penyakit ain, wajah Bilal masih belum didedahkan kepada umum sehingga hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI