fbpx

GP Arab Saudi tetap diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pelumba dan prinsipal pasukan mengadakan pertemuan dengan Domenicali serta penganjur untuk menjelaskan situasi ekoran serangan pemberontak ke atas depoh minyak yang terletak berhampir litar perlumbaan. – AFP

JEDDAH – Grand Prix (GP) Arab Saudi diteruskan meskipun rata-rata pemandu Formula Satu (F1) bimbang dengan situasi sera­ngan pengganas ke atas depoh minyak berdekatan litar perlumbaan lewat malam semalam.

Difahamkan, pemberontak Houthi Yaman mengaku bertanggungjawab atas serangan ke atas depoh minyak milik syarikat gergasi minyak dunia, Aramco kira-kira 14 kilometer dari litar perlumbaan.

Latihan kedua ditangguhkan 15 minit selepas serangan apabila ketua pasukan dan pemandu dipanggil untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden F1, Stefano Domenicali dan mengambil masa empat jam sebelum membuat keputusan akhir.

“Pihak Formula Satu telah mengadakan perbincangan de­ngan pihak berkuasa berikutan situasi yang berlaku pada hari ini (semalam).

“Pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa perlumbaan Formula Satu boleh diteruskan seperti yang dirancang dan kami akan terus berhubung rapat de­ngan mereka dan semua pasukan memantau keadaan dengan teliti,” kata F1 dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pre­siden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Mohammed Ben Sulayem berkata, pihaknya akan memantau keadaan tersebut dari semasa ke semasa.

“Serangan itu menyasarkan infrastruktur dan bukan tertumpu kepada orang awam. Pastinya bukan ke arah litar perlumbaan.

“Kami telah menyemak fakta dan telah mendapat jaminan daripada peringkat tertinggi bahawa tempat ini adalah selamat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI