fbpx

Skuad futsal sedang menanti ‘lampu hijau’ KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD futsal kebangsaan menjalani latihan seperti biasa sementara menunggu surat pelepasan untuk lima pemain mereka dari KKM. - FB FAM

PEMBATALAN penerbangan skuad futsal ke Bangkok, Thailand hari ini terpaksa dilakukan selepas lima pemain negara yang sebelum ini dijangkiti Covid-19 belum menerima surat pelepasan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, pengendali skuad futsal negara, Chiew Chun Yong akan meneruskan latihan seperti biasa di Arena Futsal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi meyediakan skuad terbaik bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2022 kali ini.

“Kami terpaksa menangguhkan rancangan asal untuk berlepas ke Bangkok, lima pemain utama kami yang positif Covid-19 baru-baru ini masih menunggu surat pelepasan doktor daripada KKM sekali gus belum juga mendapat surat kelulusan Travel Pass daripada pihak Thailand.

“Kami tidak mahu berlakunya sebarang masalah sama ada ketika berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau apabila tiba di lapangan terbang di Bangkok.

“Jika pemain-pemain ini terkandas atau tidak dibenarkan masuk ke Thailand ia hanya akan menyulitkan lagi keadaan pasukan untuk berlatih bersama dan sebagainya,” kata Chun Yong.

Menerusi ciapan di laman sosial, ada yang mendakwa penangguhan penerbangan skuad futsal itu disebabkan kelalaian atau kegagalan pegawai FAM untuk menghantar dokumen vaksinasi para pemain dan pegawai pasukan.

Skuad negara hanya dijangka akan berlepas ke Bangkok pada Selasa, 29 Mac 2022 atau Rabu, 30 Mac ini selepas segala permasalahan membabitkan lima pemain ini dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI