fbpx

Amran Tompel meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amran Tompel

PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak veteran, Amran Tompel atau nama lengkapnya Amran Aman Ramlie dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.37 petang tadi di kediamannya di Senawang, Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Allahyarham yang berusia 72 tahun meninggal dunia akibat penyakit kanser usus sejak sekian lama.

Adik kepada pelakon AR Badul dan juga abang Adlin Aman Ramlie itu meninggalkan empat anak.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Amran telahpun dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, di Seremban, anak kedua Allahyarham, Shafiq Amran, 28, berkata, bapanya memang terlantar di rumah selepas diserang pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, kencing manis dan angin ahmar.

ALLAHYARHAM disahkan meninggal dunia hari akibat menderita sakit kanser usus sejak sekian lama.

“Arwah sebelum ini masih boleh bercakap dan memahami percakapan orang lain cuma tiga, empat hari kebelakangan ini dia seperti kurang berselera makan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shafiq, jenazah bapanya dijangka dikebumikan esok dan kini sedang menunggu ahli keluarga yang lain untuk hadir menziarah.

Allahyarham Amran yang juga anak kepada pelakon, pelawak dan pengarah terkenal era zaman P. Ramlee, AR. Tompel dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura.

Amran tampil dengan filem pertama lakonannya iaitu Keluarga 99 dengan memegang watak sebagai watak Joe.

Selain itu, Allahyarham turut membintangi beberapa buah filem lain antaranya Buai Laju-Laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler!! dan Hello. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI