fbpx

Mayat wanita dalam gaung diklasifikasi kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT dipercayai seorang perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap bawah gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban Kuala Pilah di sini, Ahad lalu.

SEREMBAN – Siasatan kes penemuan mayat seorang wanita tanpa identiti dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah di sini, Ahad lalu dijangka selesai dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh, bagaimanapun motif sebenar kejadian masih belum dikenalpasti.

“Perkembangan terbaru kes ini, kami sudah menjejaki waris terdekat kerana ada individu yang mengaku. Berdasarkan hasil siasatan, mangsa merupakan rakyat tempatan dan berusia 29 tahun.

“Kertas siasatan kes berkenaan akan disiapkan tidak lama lagi kerana sedang menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nanda berkata, tiga individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan sebelum ini merupakan warga tempatan dan rakan kepada mangsa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI