fbpx

Sembilan individu termasuk Datuk ditahan kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada sembilan individu termasuk seorang bergelar Datuk yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek bernilai RM85 juta.

PUTRAJAYA – Seramai sembilan individu termasuk seorang bergelar Datuk masing-masing direman tiga hingga enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung satu projek bernilai RM85 juta membabitkan sebuah institut berkaitan automotif di negara ini.

Menurut sumber, kesemua suspek terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita berusia 34 hingga 58 tahun ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini petang semalam.

“Kesemua mereka yang ditahan itu merupakan pemilik kepada empat buah syarikat dan masing-masing seorang penasihat perubatan, akauntan, pengarah syarikat, ketua eksekutif dan ketua pegawai operasi.

“Perintah reman antara tiga hingga enam hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim terhadap kesemua suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini,” katanya.

Jelas beliau, dua suspek lelaki yang direman selama enam hari itu dipercayai meminta dan menerima suapan lebih RM14.9 juta daripada tiga lagi suspek sebagai balasan bagi membantu syarikat milik mereka mendapat geran menerusi tiga syarikat lain pada 2018 hingga 2020.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai yang dihubungi telah mengesahkan tangkapan dan reman tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI