fbpx

Harga petrol RON97 turun 17 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 mencatatkan penurunan sebanyak 17 sen minggu ini apabila ia dijual RM3.83 seliter berkuat kuasa esok sehingga 30 Mac depan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Katanya, kerajaan mengekalkan harga siling petrol RON95 dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI