fbpx
Gambar hiasan.

Paparan Budi95 jadi 150 liter disebabkan ralat sistem – MOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan kuota bulanan Budi95 kekal sebanyak 200 liter sebulan bagi pengguna yang layak termasuk untuk kegunaan pada bulan Jun.

Penegasan itu dibuat Kementerian Kewangan susulan ada sebahagian pengguna melihat paparan Budi95 mereka menjadi sebanyak 150 liter sebulan, malam tadi.

Katanya, paparan itu disebabkan ralat teknikal sistem yang telah dikenal pasti dan diperbetulkan.

“Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa semasa penyelenggaraan sistem Budi95 pada pukul 11 malam (31 Mei 2026), sebahagian pengguna mungkin telah melihat paparan had bulanan menjadi 150 liter.

“Ingin dijelaskan bahawa paparan tersebut adalah disebabkan oleh ralat teknikal sistem yang telah dikenal pasti dan diperbetulkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini tadi.

MOF berkata, lantaran itu, tiada sebarang perubahan telah dibuat terhadap had bulanan Budi95.

“MOF akan terus memastikan pelaksanaan Budi95 berjalan lancar, telus dan teratur demi melindungi kepentingan rakyat serta memastikan bantuan subsidi bersasar sampai kepada golongan yang layak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN