fbpx

5 siren amaran banjir kilat dipasang sekitar Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir kilat akibat limpahan air dari sungai.

PETALING JAYA – Lima siren amaran banjir kilat akan dipasang di sekitar ibu negara bagi memberi peringatan awal kepada penduduk akan kemungkinan bencana alam itu.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, siren amaran akan dipasang di Lorong Kiri Keramat 15, Terowong Chan Sow Lin, Taman U-Thant, Jalan Sembilan di Kampung Cheras Baru dan Sungai Kayu Ara.

“Kerja-kerja awal pemasangan siren amaran telahpun dimulakan. Pemasangan itu merupakan antara inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menambah aset bagi pengurusan bencana banjir selain pemasangan tambahan 51 unit sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan ‘hotspot’ banjir,” katanya ketika sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) berhubung keberkesanan Terowong Smart di ibu negara dalam menangani masalah banjir kilat.

Jelasnya, setakat ini, sebanyak 13 unit CCTV telah siap dipasang dan bakinya masih dalam proses pemasangan.

“Memang kita maklum Terowong Smart dapat membantu mengurangkan atau mencegah banjir kilat, tapi itu tidak boleh menampung keseluruhan Kuala Lumpur.

“Disebabkan itu, DBKL telah mengambil beberapa pendekatan untuk kita memberikan sistem amaran awal kepada masyarakat dan warga kota tentang kemungkinan berlakunya banjir kilat yang boleh mendatangkan kerugian kepada kerajaan dan rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Jalaludin turut menjawab soalan tambahan Hannah Yeoh (PH-Segambut) mengenai sama ada pasukan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran DBKL akan diperbesarkan.

Katanya, pihaknya sedang meneliti untuk menambah kekuatan pasukan berkenaan dalam membuat pemantauan cerun dan kawasan berbukit.

“Ketika ini terdapat 3,441 kawasan berbukit dan cerun di Kuala Lumpur yang perlu dipantau pasukan berkenaan yang kini hanya memiliki kekuatan 300 orang,” ujarnya – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI