fbpx

PGA rampas rokok, arak seludup RM1.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditahan bersama rampasan rokok serta arak tidak bercukai dalam serbuan di Taman Sari Cempaka 7, Jalan Junid, Muar, semalam.

MUAR – Seorang lelaki terkejut diserbu pasukan polis ketika sedang memunggah ribuan karton rokok dipercayai seludup ke dalam sebuah kenderaan disyaki untuk tujuan pengedaran.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam, suspek lelaki tempatan berusia 39 tahun itu ditahan di sebuah kediaman di Taman Sari Cempaka 7, Jalan Junid, di sini.

“Lelaki itu ditahan ketika menyusun kotak-kotak dipercayai rokok seludup ke dalam sebuah kereta. Pemeriksaan menemui 4,985 karton dan 11 kotak rokok pelbagai jenama.

“Siasatan lanjut ke atas suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah lagi kediaman di Taman Aman, Jalan Abdul Rahman di sini yang digunakan untuk menyimpan bekalan rokok dan minuman keras,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, dengan dipandu arah oleh suspek, pihaknya menemui 3,050 karton rokok pelbagai jenama serta 53 karton minuman keras.

“Selain rokok dan arak, polis turut merampas kenderaan jenis Mazda CX5. Nilai rampasan rokok dianggarkan RM1.8 juta manakala arak pula RM37,500.

“Siasatan awal mendapati suspek aktif membekalkan rokok dan arak tidak bercukai di sekitar Muar dengan menjadikan dua buah rumah tersebut sebagai stor penyimpanan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI