fbpx

Pengurus syarikat wanita ditahan SPRM didakwa rasuah tender projek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Batu Pahat, semalam kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti memberi rasuah bagi mendapatkan tender projek.

Sumber memaklumkan, suspek yang merupakan seorang wanita berusia 44 tahun itu ditahan pada pukul 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Johor, di sini.

Menurut sumber itu lagi, wanita berkenaan ditahan kerana dia disyaki memberi rasuah bagi membolehkan syarikatnya mendapatkan projek dibawah kelas G2 sedangkan syarikat miliknya adalah kelas G3.

Kesalahan itu dipercayai dilakukan pada tahun lalu, namun jumlah rasuah yang diberikan pihaknya masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Wanita berkenaan bagaimanapun tidak dikenakan tahanan reman sementara kes masih dalam siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias yang dihubungi pemberita mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI