fbpx
KOMITMEN dan usaha keras yang ditonjolkan bekas pemain skuasy wanita nombor satu dunia, Datuk Nicole Ann David wajar dicontohi bangsa usahawan.

Tiada kejayaan tanpa komitmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KITA sudah masuk ke hujung suku pertama 2022 yang menjadi waktu penting buat ramai usahawan untuk mencapai apa yang disasarkan.

Tapi, ramai orang cakap komited, sedangkan dia tipu dan sabotaj diri sendiri. Sebenarnya ramai orang ada ‘masalah’ pada diri mereka.

Tak komited, tak nak belajar, tak mahu bertindak dengan bermacam-macam alasan.

Sedangkan untuk bina bisnes yang berjaya, pertamanya anda kena komited.

Mana boleh jadi seorang pemain skuasy terbaik dunia seperti Datuk Nicole David yang menjadi juara dunia lapan kali dengan berlatih ikut suka hati sambil makan kuaci!

Mustahil untuk menjadi juara dunia. Begitu juga anda sebagai seorang usahawan perlukan komitmen dalam ‘latihan’ antaranya pembelajaran, bimbingan coach dan tindakan konsisten.

Pepatah Arab ada menyatakan, Man jadda wajada. Bermaksud siapa yang berusaha (insya-Allah) akan mendapat apa yang diusahakan.

What you give, you will get more. Apa yang kita beri, insya-Allah kita akan dapat lebih lagi.

Tanam pokok durian

Saya bagi analogi ini. Bila kita nak hasilkan buah durian, pastinya perlu tanam benih durian bukannya pokok lain.

Tapi adakah cukup untuk kita hanya tanam benih durian begitu saja?

Kemudian berharap dan berdoa agar menjadi pokok durian yang besar.

Tak mungkin dan sukar. Anda kena guna baja dan racun yang betul supaya membesar dengan nutrien mencukupi, selain melindunginya daripada serangga perosak.

Begitu juga bagi proses transformasi diri dan bisnes, ia memerlukan komitmen.

80 peratus kejayaan dicapai apabila orang itu NAK tapi sebenarnya ia belum cukup.

Usahawan yang nak bina bisnes berjaya memerlukan lebih 100 peratus komitmen dari jasad, hati dan roh.

Malangnya, ramai usahawan yang saya lihat di luar sana tak komited, maaf saya cakap umpama hangat-hangat tahi ayam. Tak mahu buat sesuatu sampai habis.

Persoalan penting yang kena tanya diri sendiri ialah di mana tahap kita sekarang?

Perlu tahu dekat mana tahap kita supaya tak dibuai mimpi indah dan janji-janji palsu.

Ambil kertas dan tulis realiti keadaan bisnes anda. Lebih teruk, jika anda sebagai usahawan sendiri tak tahu apa situasi dihadapi ketika ini.

Untuk bina bisnes berjaya memerlukan metamorfosis atau great transformation, ia boleh bermula bukan hanya dalam masa tiga tahun malah tiga bulan ataupun tiga hari saja.

Bergantung kepada tahap anda sama ada cepat atau lambat, namun anda semua perlu percaya kepada proses yang ada.

Belajar dengan saya tak senang, saya tegas dan serius nak bina bisnes bahkan hidup anda. Jika saya komited, anda juga perlu komited.

Pasakkan kata-kata saya ini bahawa: “How you do anything, is how you do everything!”

Metamorfosis anda adalah kepuasan saya bersama RichWorks, transformasi kehidupan dan kewangan dari dulunya struggle menjadi sukses.

POPULAR