fbpx

Geran Bimbingan Perniagaan RM3 juta bantu 6,000 usahawan PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan (tengah) bergambar bersama barisan usahawan berjaya pada Majlis Pelancaran Geran Bimbingan Bernilai RM3 Juta sempena Klinik Usahawan: Siri Bina Bisnes Berjaya di Shah Alam, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menyediakan platform baharu menerusi Klinik Usahawan: Sri Bina Bisnes Berjaya untuk membantu 6,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui Geran Bimbingan Perniagaan bernilai RM3 juta.

Mentor usahawan merangkap Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, klinik usahawan ini bakal diadakan selama tiga bulan memberi fokus kepada usahawan yang serius untuk bangkit dan transformasi bisnes mereka dalam apa jua keadaan ekonomi.

“Inisiatif ini digerakkan selepas kami menerima banyak maklum balas dan perkongsian usahawan di luar sana yang buntu apabila berdepan masalah menyebabkan bisnes mereka mula jatuh.

“Jika masalah ini tak ditangani segera, tak mustahil bisnes mereka bole jatuh dan tersungkur,” katanya ketika Majlis Pelancaran Geran Bimbingan Bernilai RM3 Juta sempena Klinik Usahawan: Siri Bina Bisnes Berjaya di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Azizan turut mengumumkan program khas, 10x Bina Bisnes Berjaya (10×BBB) untuk bimbing perkembangan bisnes usahawan yang akan diadakan secara langsung di dewan sekitar Lembah Kelang pada 2 dan 3 September nanti.

“Klinik usahawan ini akan dibuka selama tiga bulan dengan kos latihan termasuk penilaian perniagaan berserta buku Perjalanan Satu Juta Pertama akan diberikan melalui geran bimbingan,” jelasnya.

Selain itu, Azizan turut mengulas mengenai situasi ekonomi sekarang dimana beliau melihat seseorang usahawan itu mampu mencapai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh selewatnya setahun apabila mereka tahu cara bisnes yang sebenar.

“Sekarang ini bukan lagi tempoh masa seperti waktu awal-awal pendemik, endemik, sekarang ini dah lain, usahawan kena bangkit bina struktur bisnes dengan lebih jelas untuk calai keuntungan yang tinggi.

“Dalam keadaan mencabar sebenarnya peluang untuk mereka bangkit dan bergerak lebih jauh lagi. Namun tiada siapa boleh bantu ubah bisnes mereka, jika diri sendiri tak nak dan komited untuk mencapai matlamat itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI