fbpx

Kembali fokus dalam bisnes emas lepas jumpa mentor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAHARO Jewels mensasarkan jualan RM100 juta pada tahun ini.

DUNGUN – Kegagalan pada masa lalu benar-benar mengajar Kamarul Hadi Rani untuk melakukan yang terbaik buat perniagaan barang kemas diusahakan keluarganya sejak turun-temurun.

Kongsi pemilik Kaharo Jewels itu, beliau sebelum ini pernah tersilap percaturan dalam dunia bisnes kerana terlalu ingin mengejar keuntungan.

“Apabila ada modal lebih hasil keuntungan emas, saya cuba gunakannya bagi mengusahakan bisnes lain seperti kedai telefon, car wash, kosmetik, pakaian dan kedai runcit.

“Ingatkan untung banyak, rupa-rupanya makin teruk. Itulah kesilapan yang saya lakukan pada suatu ketika dahulu sehingga banyak masa dibazirkan dan bisnes pula jadi tidak konsisten,” jelasnya.

Tidak mahu lagi terkapai-kapai, beliau mula mencari mentor agar dirinya boleh kembali fokus dan pergi ke tahap yang lebih tinggi.

“Perjalanan saya bersama dengan Richworks bermula pada Julai 2020 menerusi program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK). Waktu itu bisnes tidak boleh beroperasi.

“Alhamdulillah, banyak perubahan yang saya telah lalui selepas menyertai program pementoran Titanium.

“Terlampau banyak ilmu yang diperoleh daripada Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan kini saya lebih fokus serta semakin yakin untuk berhadapan dengan pesaing,” tambahnya.

Kaharo Jewels berjaya mencapai jumlah jualan sebanyak RM46 juta pada tahun lalu dan mensasarkan jualan sebanyak RM100 juta pada tahun ini.

Bagi yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai Kaharo Jewels, anda boleh layari laman Instagram @kaharojewels.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI