fbpx

Terima kasih atas sokongan anda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZAN menganggap pengakhiran bukan penamat untuk anda terutama bangsa usahawan mendapatkan ilmu bisnes.

Tak sangka hampir setahun kolum BANGKIT Usahawan ini dan boleh katakan setiap minggu saya berkongsikan sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang ada ini untuk membantu anda khususnya bangsa usahawan.

Ini merupakan perkongsian terakhir saya di sini yang diharap dapat digunakan usahawan dengan sebaik-baiknya bagi menyaksikan impak positif buat diri, malah bisnes masing-masing, insya-Allah.

Setiap permulaan ada pengakhirannya dan ini bukanlah penamat untuk anda terutama usahawan terus mendapatkan ilmu bisnes.

RichWorks sentiasa ada bagi menyokong pembangunan usahawan dari mula hingga ke tahap lebih tinggi. Jom kita bina Malaysia yang lebih hebat!

Sebelum saya kongsikan kandungan minggu ini, sudahkah anda refleksi diri apa yang dah lakukan sepanjang tahun ini?

Jangan abaikan kerana proses itu akan memudahkan anda membuat perancangan dan tindakan yang perlu bagi mencapai sasaran 2023 nanti.

Seterusnya, saya nak anda tuliskan apakah yang anda ‘tak puas hati’ dalam hidup ketika ini?

Di sini bukan maksud saya untuk anda tidak bersyukur, tetapi nak melihat apa yang rasa nak ubah dalam kehidupan ini.

Contohnya, tak puas hati dengan keadaan hutang banyak, tak dapat gembirakan ibu dan ayah, tak dapat tolong orang lain dan macam-macam lagi.

Senaraikan perkara ini kerana ramai orang berjaya telah berjaya bermula apabila mereka ‘tak puas hati’ hingga buatkan nekad untuk lakukan perubahan!

Selama 15 tahun RichWorks dan saya latih dan bimbing bangsa usahawan, rata-rata mereka yang berjaya ini nekad untuk mencapai kejayaan bila mana berada dalam situasi mencabar sebelum itu.

Ada yang hampir bankrap, dihina orang sekeliling, dibebani hutang dan lain-lain lagi, namun akhirnya mereka berjaya mengubah hidup ini.

Tapi ingat, ini bukanlah proses semalaman. Ia merupakan satu perjalanan yang mengambil masa, cepat atau lambat sangat bergantung kepada diri anda sendiri.

Macam apa yang berlaku pada saya sebelum ini, mengenai ‘terlebih berat badan’ yang dihadapi bertahun-tahun.

Masalah ini berlarutan, meskipun saya tak puas hati tapi tetap makan banyak, tak bersungguh-sungguh dan konsisten nak ubah hingga saya terima dengan keadaan sebegitu.

Umpama sebuah yoyo, naik turun walaupun ke gimnasium dan ada jurulatih peribadi tapi hangat-hangat tahi ayam.

Saya ingat apa salah seorang jurulatih peribadi tanya bahawa di manakah tahap nak ubah berat itu? Saya katakan 10 per 10 tapi dari segi komitmen dan tindakan pula hanya lima dan mungkin tiga saja!

Itu pasal tak berjaya, nak ubah tapi tak konsisten.

Tidak nekad, sebab kebanyakan kita termasuk saya dulu hanya akan nekad apabila sudah sakit ataupun bila dah nak bankrap.

Saya juga nak kongsikan tiga perkara yang dia suruh saya tulis yang dapat membantu:-

1. Mengaku yang kita ada masalah berkenaan.
Jangan dalam sindrom ‘denial’ yang buatkan anda rasa tak ada apa perlu diubah.

2. Senaraikan kesan negatif ekoran masalah itu.
Membuatkan kita sedar betapa ia dapat beri kesan kepada diri dan bisnes.

3. Senaraikan kenapa penting untuk anda ubah keadaan itu?

Ia mungkin menjadi pencetus untuk anda nak buat tindakan luar biasa selepas ini. Lihat secara mendalam kenapa anda ingin berubah.

Sekiranya anda serius dan komited nak bisnes berkembang dan saksikan perubahan dalam hidup ini, tulis dan lakukan perkara di atas ini. Jangan percaya apa saya cakap, buat dan lakukan saja.

Jika anda serius nak ubah kehidupan ini, RichWorks akan adakan program Nak Ubah Hidup: Kejayaan Bisnes & Wang 2023 pada 4 hingga 6 Februari nanti. Tiket percuma boleh dapati dalam laman web nakubahhidup.com yang akan diberikan hingga Jumaat ini (23 Disember).

Dalam pada itu, saya juga nak ucapkan terima kasih kepada pasukan editorial Kosmo! yang menyokong kolum ini, malah pembaca-pembaca di luar sana.
Salam kejayaan, doa saya untuk anda semua kaya dan berjaya di dunia & akhirat kelak. Jumpa lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI