fbpx

Kembar siam 17 hari berjaya dipisahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan pakar, jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak bergambar kenangan selepas berjaya memisahkan pasangan bayi kembar siam yang bercantum pada bahagian dada termasuk bahagian hati dan usus di Hospital Tunku Azizah (HTA), semalam.

PETALING JAYA – Malaysia mencatat sejarah apabila sepasang kembar siam pramatang berusia 17 hari berjaya dipisahkan dalam satu pembedahan di Hospital Tunku Azizah (HTA), semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pembedahan memisahkan pasangan bayi kembar yang bercantum pada bahagian dada termasuk bahagian hati dan usus itu mengambil masa selama 10 jam.

Dalam pada itu, Noor Hisham turut mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada pasukan HTA yang diketuai oleh Datuk Dr. Zakaria Zahari.

“Pasangan ini telah dilahirkan pramatang pada usia 33 minggu dan adalah kembar siam paling muda dibedah.

“Tahniah dan terima kasih kepada pasukan HTA dalam usaha menyelamatkan bayi kembar ini. Alhamdulilah, kini bayi kembar ini berjaya dipisahkan dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Sementara itu, Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr. Zakaria Zahari dalam satu kenyataan berkata, pasukan pembedahan disertai oleh enam Pakar Bedah Kanak-Kanak yang diketuai oleh Dr. Intan Zarina dan Dr. Ruwaida, beserta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak.

Menurutnya lagi, semenjak pembukaan HTA, ini merupakan pembedahan ketiga untuk pasangan bayi kembar siam. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI