fbpx

Pasangan kembar Siam berkahwin, dambakan zuriat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABBY berkahwin dengan jururawat dan bekas veteran AS, Josh Bowling – Jessica Green

WASHINGTON – Seorang guru yang popular selepas membintangi siri realiti televisyen bersama pasangan kembar Siamnya telah berkahwin sejak tiga tahun lalu, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Abby Hensel, 34 berkahwin dengan seorang jururawat lelaki dan veteran tentera berumur 33 tahun, Josh Bowling.

Dalam filem dokumentari yang dirakam ketika kembar Siam itu masih remaja, ibu mereka berkata, anak-anaknya berhasrat untuk mempunyai zuriat sendiri suatu hari nanti.

“Ya, kami akan menjadi ibu,” kata Brittany.

“Kami akan menjadi ibu satu hari nanti, tetapi kami tidak mahu bercakap tentangnya,” tambah kembarnya, Abbey.

Mereka berkongsi satu badan, organ dalaman dan organ pembiakan, namun boleh melakukan tugas secara berasingan antara satu sama lain.

Ini bermakna Abby dan kembarnya boleh mengandung seperti wanita normal yang lain tetapi tidak jelas siapa yang akan menjadi ibu sah kepada bayi yang dilahirkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI