fbpx

Quartararo sambar petak depan GP Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO melakukan catatan masa terpantas untuk memulakan perlumbaan GP Indonesia esok pada petak pertama. - AFP

LOMBOK – Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo melakukan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika sebentar tadi.

Menerusi catatan masa 1:31.067 saat (s), dia yang merupakan juara dunia akan memulakan perlumbaan sebenar esok di petak hadapan diikuti dua pelumba pasukan Pramac Racing, Jorge Martin dan Johann Zarco.

Walaupun diberi tentangan sengit pelumba-pelumba lain, namun pelumba Perancis itu menampilkan tunggangan konsisten apabila terus memperbaiki catatan masanya dalam setiap pusingan.

“Saya sangat gembira untuk datang semula ke sini selepas sekian lama dan sudah tentu pencapaian yang baik hari ini dalam sesi kelayakan. Fokus saya hanya adalah untuk elak daripada melakukan kesilapan.

“Terima kasih kepada pasukan kerana tidak berputus asa menyediakan jentera terbaik bagi membolehkan kami terus berjuang. Sekarang saya rasa cukup bersedia untuk perlumbaan esok,” kata Quartararo selepas tamat sesi kelayakan.

Sesi kelayakan itu boleh dianggap sukar dan rumit memandangkan beberapa pelumba terjatuh termasuk juara dunia lapan kali dari Repsol Honda, Marc Marquez yang bakal memulakan perlumbaan esok di petak ke-15.

Bermula di petak hadapan pastinya memberi peluang kepada Quartararo untuk menebus kekecewaannya di GP Qatar dua minggu lalu apabila menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kesembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI