fbpx

UMNO perlu perbanyakan “content” media sosial yang “power”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Jentera UMNO perlu konsisten dalam penggunaan media sosial bagi menjadikan parti itu lebih berketerampilan khususnya kepada golongan muda dan pengundi baharu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, media sosial adalah teknologi yang harus berjaya disantuni oleh UMNO dengan kandungan-kandungan yang “power” di TikTok, YouTube mahupun Instagram.

“Antara wasilah baharu dalam komunikasi politik adalah melalui “influencer media sosial”. Saya percaya, Pemuda dan Puteri (UMNO) berpotensi tinggi untuk memainkan peranan ini bagi menarik anak muda mendukung aspirasi perjuangan UMNO.

“Jadikan media sosial sebagai platform mendekati anak muda. Hasilkan seberapa banyak “content” TikTok, YouTube dan Instagram yang “power”, “simple” dan “viral” khususnya berkaitan Undi-18 dan isu-isu semasa yang mampu mempengaruhi dan mencorak pola fikir anak muda.

“Jadilah “content provider” yang cemerlang. Kempen secara maya bukan lagi sampingan, tetapi ia sudah menjadi medan komunikasi paling utama,” katanya pada Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Ahmad Zahid berkata, walaupun UMNO kerap dijadikan sasaran dan tuduhan yang menyatakan bahawa golongan muda tidak lagi bersama UMNO, tetapi UMNO sudah membuktikan sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Tambah beliau, jika UMNO mahu kekal relevan perlu menuruti derasnya arus perubahan fikiran golongan muda kerana pelaksanaan Undi-18 adalah manifestasi besar perubahan dalam landskap politik negara.

“Ia menuntut usaha keras UMNO untuk memenangi hati mereka dan menawarkan solusi kepada permasalahan dan cabaran yang sedang mereka hadapi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI