fbpx

Lee Jung-jae pecah rekod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JUNG-JAE

PELAKON popular Lee Jung-jae dinobatkan sebagai aktor Korea Selatan pertama memenangi anugerah Pelakon Terbaik Drama Siri pada Critics Choice Award ke-27 baru-baru ini.

Memetik laporan Allkpop, Jung-jae menerusi ucapannya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong drama lakonannya iaitu Squid Game.

Menurutnya, dia sukar untuk meluahkan perasaan dan keterujaan memenangi anugerah berprestij tersebut dengan perkataan.

“Terima kasih semua orang yang menyokong Squid Game. Sangat sukar saya untuk menyusun perkataan bagi menggambarkan perasaan ketika ini. Terima kasih sekali lagi,” katanya.

Naskhah Squid Game menjadi drama bersiri yang paling ramai mendapat tontonan dalam Netflix dengan lebih 1.65 juta tontonan sepanjang 28 hari selepas ditayangkan bermula September 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI