fbpx
Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Tawar, Baling semalam.

Lelaki ditemukan mati dalam kereta ada 20 rekod jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Seorang lelaki yang ditemukan mati di dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran tanah perkuburan Cina di persimpangan tiga Tawar di sini semalam didapati mempunyai 20 rekod jenayah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, kereta jenis Proton Wira tersebut juga didapati dilaporkan hilang berkaitan kes di Pendang.

Katanya, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta kira-kira pukul 11.35 pagi semalam.

“Bertindak atas maklumat itu, polis terus ke lokasi kejadian dan mendapati kereta tersebut berkunci serta terdapat seorang lelaki yang telah meninggal dunia.

“Pasukan bomba hadir ke lokasi untuk membuka pintu kereta seterusnya mengeluarkan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah turut melakukan pemeriksaan dan siasatan di lokasi kejadian.

“Siasatan awal ke atas mangsa mendapati individu terbabit merupakan warga tempatan berusia lingkungan 30-an,” ujarnya.

Menurutnya, semakan mendapati lelaki itu mempunyai 20 rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan narkotik.

“Kereta yang digunakan si mati juga mempunyai rekod hilang berkaitan kes di Pendang dengan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Kita bertindak merampas kereta itu bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” jelasnya.

Tambahnya, mayat lelaki terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Difahamkan, kereta berkenaan dilihat orang ramai tersadai di tepi jalan tersebut sejak Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN