fbpx

Kane cipta sensasi pintas rekod Rooney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE berjaya meledak satu gol ketika membantu Spurs menewaskan Brighton 2-0 awal pagi semalam. – AFP

BRIGHTON – Penggempur Tottenham Hotspur, Harry Kane terus mencipta sensasi apabila memecahkan rekod yang dipegang oleh bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney.

Awal pagi semalam, Kane meledak satu gol pada aksi menentang Brighton menyaksikan Spurs meraih kemenangan 2-0 di Stadium Amex.
Keputusan itu menyaksikan Kane kini mengumpul koleksi 95 gol di tempat lawan iaitu satu gol mengatasi rekod jaringan terbanyak sebelum ini yang dimiliki oleh Rooney.

Bagaimanapun, Kane berjaya mengumpul gol berkenaan selepas hanya beraksi sebanyak 139 kali sahaja berbanding Rooney yang memerlukan 243 aksi untuk meraih 94 jaringan berkenaan.

“Saya sangat gembira apabila berjaya menjaringkan gol dan membantu pasukan meraih kemenangan ini.

“Ia bukan perkara yang mudah untuk kekal konsisten setiap musim dengan prestasi sebegini tetapi semuanya adalah mengenai kerjasama sepasukan dan kerja keras,” kata Kane.

Awal musim lalu menyaksikan Kane berdepan ketumpulan sentuhan penyudah sehinggalah kehadiran pengurus baharu mereka, Antonio Conte yang kembali membawanya ke prestasi sebelum ini.

“Saya sangat berpuas hati setiap kali menyaksikan Harry berjaya melakukan jaringan. Dia bermula agak perlahan pada awal musim, tetapi dia kini mula serasi dengan rakan sepasukan lain dan mula memburu gol dalam setiap perlawanan.

“Memiliki penyerang seperti Harry membuatkan seluruh pa­sukan ini menjadi semangat dan kuat dan pada masa yang sama dia juga mempunyai keinginan yang kuat untuk membuktikan keupayaan sendiri,” jelasnya.
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI