fbpx

Penjawat awam antara tujuh lelaki ditahan kes curi kabel TM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peralatan yang dipercayai digunakan penjenayah untuk melakukan kegiatan curi kabel TM di daerah ini.

BALING – Kegiatan licik tujuh lelaki termasuk seorang penjawat awam dalam kegiatan curi kabel milik Telekom Malaysia (TM) berakhir apabila kesemua mereka ditahan dalam empat serbuan berasingan di daerah ini dan Pendang sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kesemua suspek ditahan dalam operasi khas iaitu Ops Lejang/Ops Kesan/Ops Lusuh susulan 14 laporan polis berkaitan jenayah curi kabel TM di daerah ini pada tahun ini.

Katanya, lima suspek berusia antara 20 hingga 41 tahun dicekup di dua lokasi berasingan di kawasan Kuala Ketil di sini pada Sabtu lalu.

“Salah seorang daripada mereka adalah penjawat awam yang didapati sedang menghisap dadah semasa serbuan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, susulan tangkapan itu, pihaknya melakukan dua lagi serbuan di Merbau Pulas di sini dan satu lagi kawasan di daerah Pendang dekat sini pada kelmarin.

“Dalam dua serbuan tersebut, kita berjaya menahan dua lagi lelaki disyaki rakan subahat dalam jenayah berkenaan.

“Salah seorang daripadanya merupakan pengusaha barang lusuh yang membeli barangan curi iaitu tembaga kabel TM daripada suspek-suspek lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI