fbpx

Peladang kelapa sawit dibunuh rakan akibat perselisihan faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beh Eng Lai ketika sidang akhbar di Balai Polis Jinjang, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham ketika mabuk menjadi punca seorang peladang kelapa sawit maut dibunuh rakan dalam kejadian di Jalan Rimbunan Raya 1, Kepong, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian itu berlaku pukul 4 pagi ketika mangsa lelaki tersebut minum minuman keras bersama dua lelaki yang juga rakan mangsa di sebuah kedai sekitar Metro Prima Kepong.

“Pertengkaran mulut mula berlaku dan mangsa kemudian beredar bersama seorang rakan wanita sebelum menyedari keretanya diekori dan memberhentikan kenderaan di tepi jalan.

“Mangsa seterusnya keluar dari kereta sebelum kedua suspek bertindak melanggar mangsa sehingga terjatuh dan melarikan diri,” katanya ketika sidang akhbar di Balai Polis Jinjang, di sini hari ini.

Jelas Eng Lai, lelaki berusia 48 tahun itu dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan namun disahkan mati oleh pegawai perubatan pada pukul 4.40 petang hari yang sama.

“Susulan itu, kita menahan dua suspek lelaki serta seorang wanita berusia lingkungan 32 hingga 44 tahun dalam tangkapan berasingan di Kepong dan Rawang semalam.

“Hasil semakan awal mendapati kedua-dua suspek lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” ujarnya.

Tambah Eng Lai, kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI