fbpx

Jadual padat resahkan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL memberi amaran kepada barisan pemainnya supaya tidak memandang rendah keupayaan pasukan itu biarpun memiliki kelebihan dua gol. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel menyifatkan Lille memiliki kelebihan berbanding pasukannya menjelang aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara di Stadium Pierre Mauroy awal pagi esok.

The Blues akan turun dalam keadaan lebih selesa apabila membawa bekalan dua gol selepas menang 2-0 pada perlawanan terdahulu, namun Tuchel tetap bimbang kerana pemainnya berdepan jadual padat.

Beliau berkata, pemain-pemain Lille pastinya berada dalam keadaan lebih bersedia kerana hanya bermain Jumaat lalu, berbeza dengan Chelsea yang beraksi dua perlawanan pada Khamis dan Ahad.

“Sudah tentu saya gembira untuk pergi ke sana dengan kele­bihan dua gol. Bagaimanapun, kelebihan tetap menjadi milik Lille kerana mereka hanya bermain sekali minggu lalu pada hari Jumaat.

“Berbeza dengan kami yang bermain dua kali pada Khamis dan Ahad sebelum bertolak ke sana. Sudah pasti mereka ada kelebihan dari segi kecergasan kerana dapat rehat lebih lama,” kata jurulatih dari Jerman itu.

Tuchel yang memiliki pengalaman bertemu Lille ketika me­ngendalikan Paris Saint-Germain (PSG) sebelum ini memberi amaran kepada barisan pemainnya supaya tidak memandang rendah keupayaan pasukan itu biarpun memiliki kelebihan dua gol.

“Saya tahu dan sangat mengenali suasana stadium itu. Mereka memiliki penyokong yang cukup hebat dan mampu mempe­ngaruhi permainan. Saya harap kami boleh bermain dengan baik dan dapatkan kemenangan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI