fbpx

Laporan polis ke atas artikel alegasi hakim terlibat kes 1MDB, SRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Satu laporan polis telah dibuat oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia ke atas dua artikel berkaitan alegasi penglibatan seorang Hakim Mahkamah Rayuan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd. (SDR).

Menurut kenyataan Istana Kehakiman, dua artikel tersebut bertajuk ‘Group calling for Najib’s pardon now wants judge Nazlan arrested’ dan ‘Shocking Revelation: Najib’s Trial Judge Nazlan’s Conflict-of-Interest Exposed’ bertarikh 14 Mac 2022.

“Adalah dimaklumkan bahawa kenyataan yang disiarkan dalam artikel-artikel tersebut mengandungi beberapa perkara yang dipercayai akan menganggu gugat penjalanan pentadbiran keadilan jenayah dan institusi kehakiman negara ini.

“Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Pejabat ini agar siasatan dapat dijalankan di bawah seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seksyen 499 Kanun Keseksaan dan lain-lain peruntukan undang-undang yang berkaitan,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta agar lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu penjalanan sesuatu kes yang sedang dibicarakan, sekali gus mengganggu-gugat pentadbiran keadilan jenayah dan institusi kehakiman negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI