fbpx

Kanak-kanak dihantar ke pusat jagaan lebih cenderung alami masalah tingkah laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAJIAN menunjukkan masalah tingkah laku berpotensi dialami oleh kanak-kanak sekiranya menghabiskan lebih banyak masa di pusat jagaan berbanding dengan ibu bapa. - Ready Elements/Pixabay

ZURICH – Satu kajian di Switzerland menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih berisiko besar untuk mempunyai masalah tingkah laku di sekolah rendah sekiranya menghabiskan lebih banyak masa di pusat jagaan, lapor United Press International (UPI) semalam.

Bagaimanapun, kajian itu turut mendapati masalah itu secara amnya akan hilang menjelang tahun akhir di sekolah rendah.

“Ada kemungkinan bahawa dengan menempatkan kanak-kanak di pusat jagaan, ia boleh mengurangkan ikatan dan interaksi dengan ibu bapa.

“Kanak-kanak yang pergi ke pusat jagaan harian atau kumpulan permainan mungkin mempelajari tingkah laku bermasalah daripada kanak-kanak lain. Ia kadangkala diguna untuk mendapatkan perhatian penjaga di sana,” kata pengarang pertama kajian, Margit Averdijk yang merupakan penyelidik kanan di Pusat Jacobs untuk Pembangunan Belia Produktif, Universiti Zurich. 

Kajian itu melibatkan kira-kira 1,300 kanak-kanak sekolah di Zurich termasuk ibu bapa serta guru-guru mereka. Mereka berusia antara tujuh hingga 20 tahun. 

Menurut penyelidik, kanak-kanak tersebut berpotensi mempunyai tingkah laku agresif, gejala gangguan kurang perhatian/ hiperaktif (ADHD) dan mengalami kebimbangan serta kemurungan, demikian menurut maklumat daripada para ibu bapa.

Menurut guru-guru pula, tingkah laku hiperaktif, kekurangan kawalan impuls, kurang perhatian atau agresif mungkin dialami oleh pelajar sekolah rendah yang menghabiskan lebih dua atau tiga hari seminggu di pusat jagaan dan kumpulan permainan.

Dalam pada itu, tingkah laku bermasalah didapati akan berkurangan apabila kanak-kanak meningkat usia dan kebanyakannya hilang pada usia 13 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI