fbpx
SAI TAMHANKAR

Sai Tamhankar mudah jatuh cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON Sai Tamhankar mengakui dirinya seorang wanita yang mudah jatuh cinta. Ujar pelakon berusia 35 tahun itu, jatuh cinta yang dimaksudkan bukanlah cinta kepada mana-mana lelaki, sebaliknya jatuh cinta terhadap watak lakonan yang ditawarkan kepadanya.

Kata Sai, sebagai contoh, kejayaannya membawakan watak sebagai Nikita menerusi filem Pondicherry disebabkan kecintaan yang ditumpahkan terhadap karakter lakonannya.

“Nikita memerlukan saya bermain dengan banyak emosi sama ada sedih atau marah. Untuk memudahkan urusan kerja, saya perlu ‘jatuh cinta’ terlebih dahulu dengan watak tersebut,” katanya.

Sai bagaimanapun berkata adakalanya dia akan berasa penat kerana terpaksa menjadi orang lain sehingga membuatkan dirinya menjadi sangat sensitif.
“Kerana perlu menjiwai watak orang lain membuatkan saya sentiasa berada dalam kesakitan dan akhirnya berasa penat,” katanya.

POPULAR