fbpx

Pesohor saman polis tersilap guna gambar jejaki penjenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOPEZ mendapat tahu bahawa dia dikehendaki polis pada Ogos tahun lalu. – Daily Star

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang pesohor media sosial dari Amerika Syarikat menyaman pihak polis sebanyak AS$30 juta (RM126.18 juta) kerana menggunakan gambarnya yang seksi pada sekeping poster untuk menjejaki penjenayah, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Eva Lopez menyaman Jabatan Polis New York (NYPD) selepas mereka menggunakan gambarnya pada poster untuk menjejaki seorang pekerja seks yang terlibat dalam satu rompakan besar.

Wanita berusia 31 tahun itu mendapat tahu bahawa dia telah disalah anggap sebagai seorang wanita yang dikehendaki pada 16 Ogos tahun lalu setelah dimaklumkan oleh rakan kepada teman lelakinya. 

Lopez yang menetap di Bandar Raya New York itu bagaimanapun mengabaikannya sehingga majikannya meyakinkan dia untuk menghubungi polis.

Detektif Kevin Dwyer, kemudian memaklumkan bahawa poster itu telah diturunkan dari laman Facebook dan beberapa laman web lain setelah mendapati suspek sebenar mempunyai tatu pada lengan.

“Ia sudah tersebar di media sosial, masih disebarkan, diperkatakan dan membuat saya kelihatan seperti pelacur dan pencuri,” kata Lopez kepada akhbar New York Post.

Wanita itu membuat penjelasan di laman Instagramnya bahawa dia tidak bersalah dan menyedari reputasinya telah terjejas akibat insiden tersebut.

“Saya mahu semua orang tahu bahawa gadis dalam gambar itu bukan saya. Dia tiada kena mengena dengan saya,” ujarnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI