PETALING JAYA – “Busuk, kepam, hanyir semua ada”.
Itu antara luahan seorang pengguna di aplikasi Threads apabila melalui kawasan sekitar Transit Aliran Massa (MRT) Bukit Bintang ketika Festival Rain Rave Water Music 2026 semalam.
Menurut pengguna dikenali sebagai Moose_909048, keadaan lantai di sekitar kawasan itu juga basah dan licin.
“Bau busuk, kepam, hanyir semua ada. Basah dan licin sampai aku hampir nak jatuh.
“Starting (bermula) dari tangga sampailah ke dalam tren. Akhirnya yang susah cleaner (pekerja pembersihan) MRT,”luahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut mengecam festival berkenaan serta bersimpati dengan kakitangan pembersihan yang terpaksa mengambil tanggungjawab mencuci kawasan itu.
“Kasihan staf Prasarana dan Rapid KL, tak pasal-pasal diaorang kena bersihkan,” tulis Imaish27.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Desy9340.
“Tu belum ada yang kencing dalam seluar masa pesta air. Faham-faham la orang mana yang malas pergi toilet (tandas),” komennya.- KOSMO! ONLINE
View on Threads














