fbpx

Kajian muka bumi penting untuk ramal banjir lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kajian muka bumi sesebuah kawasan sedang dijalankan bagi mendapatkan data taburan terkini sebagai langkah menangani isu banjir di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian serta Industri Asas Tani negeri, Ir. Izham Hashim berkata, ini perlu dilakukan susulan terdapat beberapa kawasan telah mengalami taburan hujan yang berbeza seperti kajian yang telah dibuat oleh pihak berkaitan sebelum ini.

“Ketika insiden banjir yang berlaku pada Disember lalu, Shah Alam menerima hujan sebanyak 300 milimiter (mm) manakala Klang pula menerima 500 mm.

“Ini amat mengejutkan kerana kawasan hilir menerima hujan yang lebih tinggi berbanding di kawasan hulu, sedangkan secara asasnya kawasan hulu yang akan menerima hujan banyak berbanding hilir.

“Jadi, kita sedang membuat kajian berhubung hal ini supaya boleh buat ramalan banjir di sesebuah tempat lebih awal sebelum banjir berlaku,” katanya dalam Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Ke-14 Tahun 2022 di Dewan Annex, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan Lau Weng San (PH-Banting) berhubung kerajaan negeri akan mengkaji semula taburan hujan di Selangor ekoran banjir yang berlaku pada pertengahan Disember tahun lalu.

Dalam perkembangan berlainan, Izham peruntukan lebih RM7 bilion diperlukan bagi menjalankan pelan jangka panjang bagi mengatasi banjir di Selangor. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI