fbpx

Remaja dibelasah angkara mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video yang memaparkan insiden berkenaan.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja dibelasah sekumpulan lelaki di tempat letak kereta di Taman Nusa Bestari, dekat sini hanya disebabkan pertengkaran mulut dalam kejadian yang berlaku malam tadi.

Dalam kejadian berlaku pada 12.30 malam, remaja berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kepala, belakang badan, bahagian siku kiri dan kanan, bahagian lutut kiri dan kanan serta muka.

Ketua Polis daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, satu laporan polis telah diterima dan siasatan awal telah dijalankan.

“Orang awam yang berada di tempat kejadian telah menghubungi ambulans untuk membantu mangsa mendapatkan rawatan.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis telah berjaya menahan mangsa yang terlibat di lokasi kejadian pada waktu sama.

“Hasil siasatan mendapati pergaduhan berlaku disebabkan perselisihan faham dan pertengkaran mulut antara suspek dan beberapa orang lelaki yang tidak dikenali ketika sedang minum minuman keras di salah sebuah restoran kawasan Taman Nusa Bestari, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI