fbpx

2 ahli perniagaan didakwa miliki wang hasil aktiviti haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad (kiri) dan peguamnya, Mohd. Shukri keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas prosiding pertuduhan penggubahan wang haram terhadapnya selesai hari ini.

KOTA BHARU – Selepas didakwa atas kes pengubahan wang haram jutaan ringgit minggu lalu, seorang Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat sindiket pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dihadapkan atas lima pertuduhan memiliki lima bidang tanah bernilai RM580,000 hasil penggubahan wang haram dalam tempoh lima tahun di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Muhammad Semail, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki sebidang tanah GM 721 Lot 1840 di Kampung Gong Kulim, Pasir Puteh yang bernilai RM60,000.

Bagi pertuduhan kedua, Muhammad didakwa memiliki sebidang tanah GM 2120 Lot 1767 berkeluasan 0.4921 hektar di Kampung Kuala Rekan, Mukim Repek, Bachok bernilai RM80,000.

Berdasarkan pertuduhan ketiga, lelaki itu didakwa memiliki sebidang tanah GM 2560 Lot 3087 berkeluasan 0.3918 hektar di Tiang Layar, Mukim Repek, Bachok yang bernilai RM270,000.

Mengikut pertuduhan keempat, tertuduh didakwa memiliki sebidang tanah GM 2561 Lot 3088 berkeluasan 0.3921 hektar di Tiang Layar, Mukim Repek, Bachok yang bernilai RM70,000.

Bagi pertuduhan terakhir, Muhammad didakwa memiliki sebidang tanah HSM 430 PT 396 berkeluasan 0.7271 hektar di Kampung Alor Pulai, Mukim Rusa, Bachok bernilai RM100,000.

Kesemua kesalahan itu dilakukan olehnya di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh dan Bachok pada 23 Mac 2015 sehingga 12 September 2020. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI