fbpx

Vaksin kanak-kanak dijangka capai 50 peratus sebelum sekolah dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Peratusan jumlah kanak-kanak yang divaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) dijangka akan mencapai 50 peratus sebelum sekolah dibuka minggu hadapan.

“Sekarang hanya sekadar 32 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun menerima vaksin Covid-19, saya lihat ada sedikit peningkatan berbanding 30 peratus kanak-kanak divaksin sebelum ini, jangan ambil sikap ‘tunggu dan lihat’.

“Sekolah akan dibuka seminggu lagi, jadi saya merayu kepada ibu bapa untuk segera mendapatkan suntikan vaksin covid-19 untuk anak-anak sebagai langkah perlindungan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada Program Khidmat Komuniti Sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2022 di Pasar Raya Mydin Senawang di sini.

Jelas Khairy, tujuan vaksin ada sebagai perlindungan malah kesan sampingan untuk kanak-kanak jauh lebih rendah daripada orang dewasa.

“Anak saya sendiri tidak mengalami kesan sampingan serius selepas divaksin sebaliknya hanya sakit di tangan.

“Tujuan vaksin sebagai perlindungan kepada anak-anak daripada kesan gejala buruk Covid-19, mengelak menggunakan bantuan alat pernafasan atau meninggal dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI