fbpx

Keputusan penempatan 4,828 guru baharu 18 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Keputusan rasmi bagi penempatan 4,828 calon yang telah berjaya dalam pengambilan khas secara one-off Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 akan diumumkan pada 18 Mac ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, calon-calon yang telah berjaya itu akan mula melapor diri di penempatan yang telah ditetapkan pada 4 April kelak.

“Semakan penempatan masing-masing boleh dibuat bermula pada 18 Mac ini menerusi portal e-Graduan Kementerian Pendidikan (KPM) di pautan https://egraduan.moe.gov.my.

“Pelaksanaan inisiatif pengambilan khas guru secara one-off yang melibatkan keseluruhan 18,702 orang ini adalah antara usaha menangani isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama,” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter hari ini.

Dalam pada itu, Radzi turut mengucapkan tahniah dan menyeru agar calon yang telah berjaya dilantik sebagai guru melaksanakan amanah yang telah diberikan dengan seikhlas hati.

“Tahniah. Selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada semua guru baharu yang akan memulakan tugas.

“Laksanakanlah amanah sebagai guru dengan bekerja seikhlas hati demi kecemerlangan anak-anak generasi pewaris negara,” pesan beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI