fbpx

[VIDEO] ‘Terbaik abang polis trafik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan keadaan jalan yang sesak kemudian anggota polis trafik terbabit mengiringi ambulans itu sehingga ke destinasinya.

PETALING JAYA – Tindakan murni seorang anggota trafik yang memudahkan kerja pemandu ambulans mendapat pujian orang ramai.

Menerusi satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 53 saat yang dikongsi Haniff Dazuki di Facebook berkata, terbaik abang polis trafik mengiringi ambulans, lokasi di Jalan Tun Razak.

Klip video tersebut memaparkan keadaan trafik yang sesak dikawal oleh seorang anggota polis trafik di tengah ibu kota petang semalam.

Dalam kesesakan tersebut, secara tiba-tiba sebuah ambulans datang dan kemudian beliau mengarahkan kesemua kenderaan ke bahagian tepi bagi memudahkan laluan ambulans itu.

Anggota polis tersebut kemudian mengiringi ambulans tersebut untuk memudahkan perjalanannya sampai ke destinasi.

Video ini mendapat perhatian selepas tular minggu lalu video polis menahan sebuah ambulans untuk memberi laluan kepada ‘rombongan vvip’.

Rata-rata orang ramai memuji tindakan anggota polis trafik itu.

“Satu tindakan yang baik, semoga semuanya dipermudahkan segalanya dan dimurahkan rezeki,” kata Eone Azuwan.

“Ini layak dipuji, siapakah polis tersebut?” kata Mohd. Rizal.

Sementara itu, Abu Irsyad Insyirah turut meninggalkan komen.

“Ada insan yang menaikkan ada insan yang menjatuhkan, terbaik abang trafik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI