fbpx

Real sudah sedia tumbangkan PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Real memiliki motivasi tinggi untuk melayani kunjungan PSG pada aksi timbal balik 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi esok.– AFP

PARIS – Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti mengakui pemainnya bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk menanti kunjungan Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Real Madrid turut dengan misi besar sekali gus tekad untuk meraih kemenangan ke PSG selepas sebelum ini mereka tewas 0-1 Stadium Parc de Princes pada pusingan pertama Februari lalu.

Bagaimanapun, Ancelotti mengakui mereka akan turut dengan semangat berbeza dan yakin anak buahnya itu akan memberi kejutan ke atas PSG.

“Kami bersiap sedia untuk menghadapi PSG di Santiago Bernabeu. Ketika ini pemain bersemangat tinggi dan sebagai jurulatih memastikan pasukan ini bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Pemain juga sudah telah bersedia terutama sokongan padu di Santiago Bernabeu untuk me­lonjakkan semangat pemain bagi mencari kemenangan di laman sendiri,” kata Ancelotti.

Ketika ini, Real Madrid menerima suntikan moral selepas memacu kemenangan selepas membelasah Real Sociedad 4-1 di La Liga sekali gus memastikan Real kekal selesa di puncak liga.

“Inilah intensiti yang kami perlu tunjukkan pada perlawanan menentang PSG nanti. Jelas kemenangan tersebut sedikit sebanyak meningkatkan moral pemain.

“Jika kami bermain seperti ini, pastinya kami akan memiliki peluang lebih baik untuk mencapai sesuatu yang lebih cemerlang pada aksi Liga Juara-Juara menentang PSG nanti,” tegasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI