fbpx

Helang kuik rempuh masuk kereta ‘vlogger’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balbuena terkejut apabila seekor helang kuik menerjah masuk keretanya secara tiba-tiba. - Renante Balbuena/SWNS

MANILA – Seorang ‘vlogger’ menerima ‘tetamu’ tidak diundang ketika sedang merakam kandungan untuk rancangan di YouTube apabila seekor burung helang merempuh masuk ke dalam keretanya yang sedang bergerak menerusi tingkap, lapor akhbar Daily Mail.

Renante Balbuena,33, berjaya merakam kejadian luar biasa itu menggunakan kamera GoPro yang telah siap dipasang dalam kereta.

“Kejadian berlaku sangat pantas, saya sedang bercakap untuk kandungan YouTube dan tiba-tiba seekor helang kuik (eagle crested serpent) menerjah masuk dalam kereta melalui tingkap yang penumpang hadapan yang terbuka.

“Saya terkejut hingga menggeletar sebelum menyedari terdapat tompokan darah pada tempat duduk kereta. Rupa-rupanya burung ini mengalami kecederaan,” katanya.

Balbuena mengambil keputusan untuk merawat dan menjaga burung helang itu selama beberapa hari sehingga haiwan itu sembuh serta mampu terbang dengan baik semula.

“Saya sangat sukakan haiwan maka peluang merawat burung helang ini adalah pengalaman yang menakjubkan.

“Apabila saya melepaskannya sebaik sahaja burung itu sembuh, perasaan itu sangat mengharukan,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI