fbpx

PRN Johor : Terjemah semangat Bossku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib mengadakan ‘walkabout’ beramah mesra bersama pengundi di Pekan Bukit Gambir, Tangkak, hari ini.

TANGKAK – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berharap aura ‘Bossku’ yang masih berbisa dalam kalangan rakyat dapat memberikan kekuatan kepada komponen parti berkenaan.

Menurut beliau, semangat gelombang itu yang dipamerkan pada siri jelajahnya sepanjang tempoh berkempen pada Pilhan Raya Negeri (PRN) Johor diterjemahkan pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Sambutan setakat ini Alhamdulillah, saya harap semangat bossku diterjemahkan dalam undi buat BN. Itu saya harap sangat.

“Tetapi pada saya sekarang ini kita kena tumpu kepada kerja dan jangan terlalu rasa selasa kerana kita masih ada beberapa hari lagi dan jika jentera kerja bersungguh-sungguh dengan tertib serta semangat perpaduan, insya-Allah BN boleh berjaya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan ‘walkabout’ di Pekan Bukit Gambir bersama calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, Sahrihan Jani di sini hari ini.

Dalam pada itu, ditanya soal keyakinan menumbangkan kawasan-kawasan yang didakwa sebagai kubu kuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin katanya, meskipun sokongan pengundi terhadap BN kuat, namun beliau mengakui saingan sengit termasuk di DUN Gambir. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI