fbpx

[KEMASKINI] Operasi cari mangsa runtuhan ambil masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash (tengah) bersama Azmi Osman (depan) meninjau kawasan runtuhan batu di tapak kuari dekat Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Ipoh.

IPOH – Tempoh masa diperlukan antara satu hingga dua hari untuk mencari seorang mangsa yang tertimbus dalam runtuhan batu di tapak kuari dekat Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ia berikutan berlaku pergerakan tanah di kawasan runtuhan selain bergantung keadaan cuaca.

Katanya, pasukan penyelamat kini menunggu hasil kajian Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa.

“Dalam kejadian berlaku pukul 9.15 pagi itu, dua mangsa cedera dengan seorang daripada mereka patah kaki manakala dua mangsa lagi dipercayai masih berada di bawah runtuhan batu.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat telah pun dimulakan tadi namun dihentikan atas nasihat JMG selepas mengesan pergerakan tanah,” katanya ketika ditemui selepas meninjau lokasi runtuhan di sini hari ini.

Turut berada di lokasi ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman.

Menurutnya, punca runtuhan batu masih dalam siasatan dan ketika kejadian tiada kerja-kerja meletupkan batu dijalankan.

Katanya, semakan mendapati syarikat yang menjalankan aktiviti perlombongan kuari itu juga mempunyai lesen yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI