fbpx

Bank Islam salur RM2 juta bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Muazzam Mohamed (dua dari kanan) bersama wakil institusi yang menerima sumbangan dana zakat prihatin di Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah me­nyalurkan dana berjumlah RM2 juta untuk membantu mangsa yang terjejas banjir di Kelantan.

Ketua Pegawai Eksekutif BIMB, Mohd. Muazzam Moha­med berkata, sumbangan tersebut disalurkan menerusi misi kemanusiaan dan bantuan banjir kepada rakyat yang terjejas di beberapa kawasan di negeri ini.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, RM1.5 juta merupakan dana daripada zakat yang akan disalurkan kepada masjid, surau dan sekolah agama rakyat yang terjejas banjir.

“Kita sudah mengenal pasti sebanyak 150 institusi yang terjejas banjir dan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap institusi akan diagihkan bagi pemulihan pasca banjir.

“Tambahan RM500,000 merupakan peruntukan dana tanggungjawab korporat BIMB iaitu Amal Bank Islam yang dimanfaatkan untuk pembelian barangan keperluan makanan, minuman dan wang tunai kepada keluarga yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Transformasi Digital Pasar Besar Siti Khadijah di Pasar Besar Siti Khadijah di sini kelmarin.

Salah seorang peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah  menggunakan kod QR DuitNow untuk memudahkan pelanggan membeli barangan.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Pengerusi Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan Dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad.

Mengulas lanjut, Mohd. Muazzam memaklumkan, BIMB juga menawarkan Bantuan Prihatin Banjir khusus membantu pe­langgan dalam menguruskan pem­biayaan akibat terjejas banjir.

Menurutnya, pelanggan yang layak boleh memohon moratorium sehingga enam bulan bagi bayaran komitmen masing-ma­sing tertakluk pada syarat.

“Bantuan Prihatin Banjir diperkenalkan untuk meringankan beban kewangan mangsa banjir terutama kemudahan pembiayaan rumah, peribadi dan kenderaan.

“Selain itu, kita tidak akan mengenakan sebarang bayaran bagi penggantian kad mesin pengeluaran automatik, debit dan buku cek yang rosak atau hilang akibat banjir,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI