fbpx

Penyokong politik berperang mulut gara-gara bendera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan pertengkaran mulut yang berlaku.

ISKANDAR PUTERI – Satu rakaman video dua kumpulan penyokong parti politik berperang mulut dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki memasang bendera di kawasan mereka.

Dalam rakaman berdurasi tiga minit 10 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki menahan dan memarahi seorang lelaki lain yang menaiki sebuah kenderaan.

Kumpulan penyokong difahamkan bertindak sedemikian selepas tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki terbabit memasang bendera parti politik di kawasan kampung mereka.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya mengesan insiden itu pada pukul 6 petang semalam.

“Polis mengesan satu rakaman video tular membabitkan pertengkaran antara dua penyokong parti politik berbeza berlaku di daerah Iskandar Puteri.

“Namun sehingga kini tiada sebarang laporan polis yang diterima berhubung kejadian berkenaan, sehubungan itu polis menyeru saksi kejadian untuk tampil mambantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dzulkhairi menasihatkan parti-parti politik dan penyokong mereka untuk sentiasa mengawal tingkah laku dan emosi mereka sepanjang pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor agar tidak terlibat dengan insiden tidak diingini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI