fbpx

JPA tambah baik cuti kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuarantin

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menambah baik kemudahan cuti kepada penjawat awam bagi menjaga anak yang menghidapi penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin dan pengasingan.

Perkara itu dimaklumkan JPA menerusi surat edaran ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah bertarikh 4 Mac lalu.

Mohd. Shafiq berkata, nama Kemudahan Cuti Kuarantin turut dipinda kepada Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan.

Beliau berkata, kemudahan cuti itu turut menyenaraikan satu lagi senarai penyakit berjangkit iaitu lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan Pegawai Perubatan kerajaan atau swasta menjadikan keseluruhan tujuh jenis penyakit.

“Senarai penyakit berjangkit lain termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMDI); demam denggi dan demam denggi berdarah; campak (measles); chickenpox; difteria dan malaria.

“Kadar tempoh cuti atau bilangan hari cuti dikekalkan maksimum lima hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta.

“Bilangan hari cuti juga mengikut mana yang lebih rendah dengan pindaan termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI