fbpx

[VIDEO] Hujan lebat, ribut petir di barat semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa jalan utama di Kuala Lumpur turut ditenggelami banjir hari ini.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan imej gema radar menunjukkan keadaan hujan lebat dan ribut petir berlaku di kebanyakan kawasan di sebelah barat semenanjung pada petang ini.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya tadi berkata, keadaan itu dilihat berlaku dari negeri Pulau Pinang sehinggalah ke barat Johor.

“Keadaan cuaca ribut petir intensiti tinggi ini terutamanya untuk kawasan sebelah Lembah Klang dan juga Negeri Sembilan dijangka akan berterusan sehingga ke lewat malam nanti.

KEADAAN banjir kilat yang melanda dibeberapa kawasan di ibu negara hari ini.

“Orang ramai di sekitar kawasan-kawasan terbabit dinasihatkan supaya berwaspada berikutan keadaan banjir kilat, angin kencang dan juga kerosakan pada struktur bangunan yang tidak kukuh boleh berlaku kesan daripada ribut petir yang berlaku sekarang,” katanya di sini hari ini.

Bagi negeri Sabah dan Sarawak pula katanya, cuaca kelihatan cerah di kebanyakan bahagian pada petang ini di Sarawak di mana hujan hanya berlaku di sekitar bahagian barat negeri Sarawak dan dijangka akan reda menjelang awal malam.

“Untuk negeri Sabah, hujan lebat pada ketika ini dilihat berlaku di sekitar kawasan pedalaman dan juga pantai berat negeri berkenaan serta dijangka akan reda juga menjelang awal malam nanti,” tambahnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan puluhan kenderaan tenggelam dalam banjir selepas hujan lebat melanda ibu negara kira-kira lebih dua jam sebentar tadi.

Antara kawasan yang dilaporkan mengalami banjir kilat ketika ini ialah di Kuchai Lama, Pudu, sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Jalan Chan Seow Lin, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) serta sekitar Jalan Cochrane. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI