fbpx

PRN Johor: 1,411 permit ceramah, kempen dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman memaklumkan sebanyak 1,411 permit ceramah dan kempen dikeluarkan sempena PRN Johor setakat hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah meluluskan sebanyak 1,411 permit bagi ceramah dan kempen sejak hari penamaan calon sehingga kini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam tempoh yang sama, pihaknya turut menolak enam permohonan yang dibuat oleh parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, antara faktor permohonan itu ditolak ialah bagi mengelakkan berlaku perselisihan kerana bersebelahan dengan ceramah lain dalam masa yang sama dan kawasan yang tidak sesuai.

“Mana-mana parti boleh memohon permit dan kita tak ada masalah untuk meluluskannya asalkan menepati prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Kita juga akan menghantar pasukan pemantauan ke lokasi ceramah bagi memastikan tidak ada perkara tidak diingini berlaku. Setakat ini, belum ada sebarang insiden kekecohan yang berlaku di mana-mana ceramah dan berharap petugas parti dapat meneruskan kempen secara berhemah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, sepanjang PRN Johor berjalan, seramai 806 pegawai dan anggota siasatan jenayah ditugaskan di lapangan untuk menjaga keselamatan bagi memastikan kelancaran proses demokrasi terbabit.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejak penamaan calon hingg semalam, sebanyak 152 laporan polis yang telah diterima pihaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI