fbpx

Arab Saudi tamatkan semua sekatan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Arab Saudi berjalan di sebuah pusat beli-belah di Riyadh pada 22 Mei 2020. – AFP

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi menamatkan pelaksanaan semua sekatan Covid-19 di negara itu termasuk penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka di tempat terbuka, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Turut ditamatkan adalah penjarakan fizikal di Dua Masjid Suci dan semua masjid, namun para jemaah masih perlu memakai pelitup muka.

Meskipun pemakaian pelitup muka di tempat terbuka adalah tidak diwajibkan, orang ramai perlu memakainya di tempat tertutup.

Keputusan tersebut diumumkan oleh sumber rasmi dari Kementerian Dalam Negeri dan mula berkuatkuasa semalam (waktu tempatan).

Peraturan baharu itu turut menarik balik semua sekatan penjarakan fizikal di semua tempat tertutup dan terbuka, bagi sebarang aktiviti atau acara.

Sementara itu, sumber tersebut turut menyatakan bahawa warganegara asing yang tiba di Arab Saudi tidak perlu lagi menjalani kuarantin wajib Covid-19.

Penumpang penerbangan juga tidak perlu mengemukanan ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (PCR) ketika tiba di lapangan terbang.

Dalam pada itu, kerajaan Arab Saudi juga menamatkan sekatan penerbangan langsung dan ketibaan dari negara-negara seperti Afrika Selatan, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Lesotho, Eswatini, Mozambique, Malawi, Mauritius, Zambia, Madagascar, Angola, Seychelles, Republik Bersatu Comoros, Nigeria, Etiopia dan Afghanistan.

Langkah penamatan sekatan-sekatan itu bagaimanapun tertakluk kepada penilaian berterusan pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi berdasarkan perkembangan situasi pandemik semasa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI