fbpx

Penggunaan katil ICU Putrajaya meningkat 83 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Peratusan pengisian katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) di Putrajaya mencatatkan peningkatan sehingga 83 peratus semalam, sekali gus tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti oleh Kelantan (60 peratus), Kuala Lumpur (58 peratus), Selangor (57 peratus), Johor (57 peratus) dan Pulau Pinang (50 peratus).

“Bagi katil bukan ICU, 12 negeri melebihi peratusan pengisian 50 peratus iaitu Selangor (111 peratus) diikuti oleh Perak (105 peratus), Perlis (98 peratus), Kuala Lumpur (91 peratus) dan Putrajaya (88 peratus).

“Seterusnya ialah Kelantan (74 peratus), Pahang (73 peratus), Johor (66 peratus), Terengganu (65 peratus), Perlis (63 peratus), Sarawak (62 peratus) dan Sabah (55 peratus),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, katil Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) pula hanya satu negeri iaitu Melaka menunjukkan peratusan melebihi 50 peratus iaitu 58 peratus.

“Pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 204 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator Covid-19 ialah 24 peratus,” ujarnya.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, kes Covid-19 yang dimasukkan ke hospital semalam adalah sebanyak 2,048 kes melibatkan 745 kes (36.4 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 1,303 kes (63.6 peratus) kategori satu dan dua. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI