fbpx

Wanita mengamuk di kedai serbaneka lepas anak dituduh mencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang wanita mengamuk setelah anaknya dikatakan telah mencuri di sebuah kedai serbaneka

PETALING JAYA – Sejak pagi tadi, tular satu klip video di media sosial memaparkan seorang wanita mengamuk setelah anaknya dikatakan telah mencuri di sebuah kedai serbaneka bersama beberapa orang rakannya sebelum ini.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan tuduhan tersebut, wanita yang juga ibu kepada kanak-kanak terbabit terus berjumpa pekerja di kedai berkenaan untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

Kemudian, dia menegaskan bahawa anaknya lelakinya itu tidak akan sesekali bersikap panjang tangan.

“Anak aku balik sambil menangis beri tahu pada aku yang pekerja di kedai ni tuduh di mencuri.

“Aku kenal aku, dia tak akan sesekali mencuri,” katanya.

Lebih mengeruhkan keadaan, apabila kanak-kanak tersebut yang sedang menangis disamping ibunya itu turut membuat kecoh dengan menolak barang-barang yang tersusun di kaunter sehingga berselerak.

Sementara itu, insiden terbabit telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-ratanya merasakan tindakan wanita itu sangat berlebihan kerana langsung tidak mahu mendengar penjelasan daripada pekerja di sana.

“Wanita ini pun patutnya tenang la dulu, jangan terus serang bila anak mengadu, dengar penjelasan pihak kedua, sayang betul dengan anak, tak boleh kena usik sikit,” ujar seorang pengguna.

“Mak budak itu pun tak boleh bawa bincang, anak betul ka, salah ka, ada ja adab untuk cakap dengan sopan, bukan mengamuk sampai pecah suara tekak,” komen pengguna lain.

Terbaharu, wanita itu tampil memuat naik status mengatakan tekaanya terhadap anaknya itu yang tidak akan melakukan perkara terkutuk tersebut adalah benar.

“Syukur semuanya dah selesai, anak saya tak mencuri dan pekerja kedai tersebut beri tahu tidak ada barang yang hilang,” kongsinya di media sosial.

Difahamkan juga, dia telah hadir semula ke kedai tersebut untuk meminta maaf dan tidak mahu perkara yang berlaku terus dipanjangkan.

“Saya pun tak mahu perkara ini dipanjangkan, dan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dihantar kepada pihak polis biarlah tidak dimuat naik ke media sosial.

“Saya jadikan perkara ini sebagai pengajaran untuk saya akan datang,” katanya menerusi rakaman siaran langsung di Facebooknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI